PRK 04.11.2010 ; Selamat Mengundi ; Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun kpd murid SM & SK

Saturday, October 17, 2009

Mengajar atau Mendidik?

 
Apabila kita menyebut cikgu atau guru, sudah tentu bermain di benak kita semua guru itu tugasnya mengajar. Adakah tugas seorang guru semata-mata hanya mengajar dan tiada kaitan dengan tugas mendidik? Kekadang guru juga dipanggil pendidik.
Bila guru digelar pendidik bermakna tugas guru bukan hanya mengajar, tetapi mendidik juga merupakan sebahagian daripada tugasannya.
Oleh itu, guru mesti faham akan tugas dan tanggungjawabnya. Sekiranya guru hanya mengajar sudah tentu murid-muridnya hanya memperolehi ilmu pengetahuan. Tetapi jika guru itu mendidik, murid-muridnya akan mendapat pembentukan sahsiah yang baik selain daripada ilmu yang disampaikan. Oleh itu, guru-guru mestilah bijak memilih dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka seharusnya menjadi seorang pengajar dan pendidik, bukannya hanya seorang pengajar.

Apakah yang membezakan seorang pengajar dengan seorang pendidik?
Pengajar
Pendidik
- tugasannya hanya di dalam kelas
- tugasannya di dalam dan di luar kelas
- tidak rapat dengan murid-muridnya
- ambil berat akan permasalahan murid-muridnya
- waktu bertugas mengikut waktu persekolahan
- waktu bertugas tidak tentu masa
- nasihat diberi semata-mata untuk meningkatkan prestasi mata pelajarannya
- nasihat diberi merangkumi pencapaian mata pelajaran dan pembentukan sahsiah murid
- IQ dan EQ
- IQ, EQ dan SQ
Sehubungan itu, di manakan kita berada? Adakah di dalam kelompok guru yang mengajar atau guru yang mendidik?

No comments:

Post a Comment