PRK 04.11.2010 ; Selamat Mengundi ; Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun kpd murid SM & SK

Tuesday, November 10, 2009

Bicara Dia

Apabila saja murid lambat ke kelas, guru akan menegur mereka kerana tidak menepati masa; tetapi bila guru sengaja lewat ke kelas dan sekiranya ada murid yang menegurnya kerana tidak datang tepat pada waktunya, sudah pasti mereka dilabel sebagai kurang ajar. Adakah murid kurang ajar kerana gurunya kurang mengajar?

Guru akan sentiasa mengingatkan muridnya untuk memenuhi ruang atau tempat duduk yang kosong di hadapan bak umpama tuan imam meminta makmumnya untuk memenuhi dan merapatkan saf pertama. Akan tetapi terfikirkah guru-guru yang hadir berkursus bahawa mereka juga terpaksa diminta oleh urus setia atau fasilitator untuk mengisi kerusi-kerusi di hadapan sebagaimana mereka meminta muridnya untuk berada di barisan depan?

Kebajikan guru amat penting dan merupakan isu sensitif jika tidak diambil berat oleh pihak pentadbir. Soal gaji atau soal kenaikan tahunan akan dipersoal jika berlaku kelewatan, akan tetapi soal masuk kelas dan mengajar apa mungkin diberi perhatian sebagaimana soal gaji. Adakah gaji yang diterima dan ilmu yang dicurah selari dan sepadan? Mungkin juga gaji diterima tetapi ilmu tidak diperturunkan, atau gaji tidak sanggup diambil tetapi ilmu sentiasa diberi?

Apa betul dia berbicara?

No comments:

Post a Comment