PRK 04.11.2010 ; Selamat Mengundi ; Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun kpd murid SM & SK
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Kalau Guru .....

Kalau guru tunggu diarah
Semua kerja kena kerah

Kalau guru kurang mengajar
Dapatlah murid kurang ajar

Kalau guru kurang merancang
Dalam bilik darjah banyak tembelang

Kalau guru sentiasa lambat
Pembelajaran murid menjadi lembap

Kalau guru tiada muafakat
Hubungan terbantut, kejayaan tersekat

Kalau guru banyak alasan
Hasil kerja tiada kesan

Kalau guru banyak mengkritik
Perkembangan murid menjadi statik

Kalau guru pentingkan habuan
Akan jauhlah rahmat Tuhan

Kalau guru makan sembarangan
Tak kira halal atau haram
Bagaimana menghadapi azab Tuhan?
Ber.....panjangan dan ber.....kekalan

     Kalau guru yang beramanah
     Cita-cita murid tiadalah punah

     Kalau guru suka berdamping
     Semua murid dapat dibimbing

     Kalau guru ikhlas dan sabar
     Murid-murid di kelas pasti belajar

     Kalau guru ada keinsafan
     Akan adalah hidayah Tuhan

     Kalau guru sentiasa kreatif
     Pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif

     Kalau guru berwawasan
     Pencapaian murid ... "Cemerlang, Gemilang & Terbilang"

---------------------------------------------------------------------------
Guru ku .....
Renung-renungkanlah
Ke manakah murid mu akan dibawa?
Di manakah ketaqwaan dan keimanan mu?
Di sebalik kelembutan lidah tak bertulang mu
Atau bersama seketul daging yang tersimpan di kalbu mu?

-utm.skks.05-

Madah Hikmat - IBU

Apa ada pada nama
Kalau tidak diberi makna
Apa ada pada budi
Kalau diri sendiri mati
Apa ada pada guru
Kalau diri sendiri kelabu
Apa ada pada pelajar
Kalau diri kurang ajar
Apa ada pada pekerja
Kalau diri sentiasa leka
Apa ada pada pegawai
Kalau diri sendiri cuai
Apa ada pada visi
Kalau diri sendiri sangsi
Apa ada pada misi
Kalau kita sendiri tidak hargai
Segalanya bermula dari diri sendiri
Ada hati, ada budi, ada potensi
Segalanya menjadi

-Hjh. Hamidah bt Babu-
-Pengarah BTP-

Tuesday, November 10, 2009

Bicara Dia

Apabila saja murid lambat ke kelas, guru akan menegur mereka kerana tidak menepati masa; tetapi bila guru sengaja lewat ke kelas dan sekiranya ada murid yang menegurnya kerana tidak datang tepat pada waktunya, sudah pasti mereka dilabel sebagai kurang ajar. Adakah murid kurang ajar kerana gurunya kurang mengajar?